suria

Wanita kerdil didenda RM539 gara-gara tidak buang sampah dengan betul

Tia Goldsmith didenda £ 100 (RM539.92) dan berdepan dengan tindakan undang-undang apabila Majlis Bandaraya Plymouth mendapati sampahnya tidak dilupuskan dengan betul. Foto: SWNS

SEORANG wanita kerdil mendakwa dia dikenakan penalti gara-gara tidak membuang sampah dengan betul, disebabkan oleh ketinggiannya yang tidak mampu untuk mencapai tong sampah kitar semula yang disediakan.

Tia Goldsmith, 36, dari Devon, didenda £ 100 (RM539.92) dan berdepan dengan tindakan undang-undang apabila Majlis Bandaraya Plymouth mendapati sampahnya tidak dilupuskan dengan betul.

Pekerja hospital itu berkata, dia berusaha sebaik mungkin untuk mencapai dan meletakkan kotak di dalam tong sampah tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana ketinggiannya.

Dia kemudian meninggalkan kotak tersebut bersebelahan dengan tong sampah kitar semula, dan berharap agar pekerja majlis bandar akan memahami keadaan tersebut.

"Saya fikir ia menjijikkan. Saya bimbang tentang apa yang akan berlaku - saya adalah warga yang mematuhi undang-undang. Saya tidak pernah pergi ke mahkamah majistret.

"Cara mereka melayani saya tidak dapat diterima.

"Saya mahu menentang perkara ini biarpun akhirnya saya terpaksa membayar £ 100, sekurang-kurangnya saya akan lawan," katanya. - Metro.co.uk

kerdil, sampah, denda

Artikel Lain