suria

Ibu gembira pembedahan pertama hilangkan tanda lahir 'batman' pada wajah anaknya nampakkan hasil

Pembedahan di dahi Luna menunjukkan hasil positif.

SEORANG ibu yang sanggup terbang beribu batu supaya anak perempuannya boleh menghilangkan tanda lahir ala 'Batman' di wajahnya menyifatkan pembedahan kali pertama itu sebagai satu keajaiban.

Luna Tavares Fenner yang berusia lapan bulan menjalani pembedahan di Rusia selepas terbang sejauh lebih 6,000 batu dari kediamannya di selatan Florida.

Gambar bayi itu memakai pembalut luka di bahagian dahi dikongsi ibunya menunjukkan bayi itu semakin pulih selepas pembedahan pertama itu.

Luna yang dilahirkan dengan masalah kulit dikenali sebagai congenital melanocytic nevus akan menjalani pembedahan susulan untuk menghilangkan keseluruhan tanda lahirnya itu.

"Keputusan pembedahan di dahi Luna amat menakjubkan dan saya kini 100 peratus yakin saya akan terbang semula ke Rusia bersama anak saya.

"Ini adalah hadiah terbaik Krismas untuk keluarga kami. Ia datang lebih awal dan terima kasih kepada Dr Popov yang menjalankan pembedahan itu," katanya.

Terdahulu Carol dimaklumkan doktor di Amerika bahawa proses menghilangkan tanda lahir itu menerusi pembedahan menggunakan laser berisiko tinggi kepada anaknya.

Namun kisah Luna mendapat perhatian di seluruh dunia selepas ibu bapanya dihubungi seorang pakar bedah dari Rusia yang menawarkan rawatan terhadap bayi itu menggunakan terapi laser.

"Tiada kesan parut kerana doktor tidak melakukan sebarang jahitan.

"Akan terdapat kesan parut sedikit, mungkin perbezaan warna kulit tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian.

"Ia memerlukan tempoh berbulan-bulan untuk kulit itu sihat sepenuhnya dan segalanya bergantung kepada kulitnya," kata Carol. - Mirror.co.uk

Artikel Lain