suria

Kejam! Pembantu guru meninggal dunia dipukul murid menggunakan kerusi

Lee ditemui meninggal pada Isnin. FOTO: WALES NEWS SERVICE.

KEMATIAN yang cukup tragis.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib malang seorang pembantu guru apabila dia didakwa meninggal dunia akibat dipukul seorang murid menggunakan kerusi.

Lee Sims bertugas di sekolah Ysgol Bryn Castell, Bridgend, selatan Wales dan ditemui meninggal dunia pada Isnin lalu.

Polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan dan bedah siasat juga akan dilakukan bagi mencari punca sebenar kematian.

"Polis kini sedang menyiasat kematian seorang guru berusia 31 tahun yang sehingga kini tiada penjelasan sebenar.

"Bedah siasat akan dilakukan untuk mencari punca sebenar kematian," ujar polis selatan Wales.

Dalam pada itu, pengetua turut mengumumkan penutupan sementara sekolah tersebut.

Golongan ibu bapa turut meluahkan rasa simpati dan sedih aras pemergian Lee.

Di sekolah itu, mangsa bertugas untuk 147 murid, berusia tujuh hingga 19 tahun. - Daily Star.

Lee Sims, guru, kerusi, murid

Artikel Lain