SEORANG lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung ketika sedang memasang lampu Krismas di sebuah rumah bersama anaknya. Ketika kejadian, Felipe Gallegos sedang menggantung lampu di atas bumbung sebuah rumah pelanggan mereka dengan anaknya yang berusia 17 tahun di Argyle, Texas, Sabtu lalu, untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Menurut isteri Gallagos, Alisha Flick, dia ketika itu berada di halaman rumah sebelum terdengar bunyi yang kuat. “Dia berada di atas bumbung dan kemudian kami mendengar sesuatu,”kata balu Gallegos. “Dia terbaring di atas konkrit sambil berkata ‘tolong saya, tolong saya’”. Flick menelefon 911 serta-merta dan Gallegos dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan. “Imbasan CAT mendapati dia mengalami retak pada tengkorak dan pendarahan di otak. Dan kemudian dia mengalami patah tulang di bahagian dada. Pasukan perubatan bergegas menjalankan pembedahan kecemasan tetapi dia tidak berjaya melaluinya,”kata Flick sambil menangis. Satu kempen GoFundMe untuk membantu Flick dan anaknya selepas kematian Gallegos telah berjaya mengutip kira-kira $ 50,000 (RM 208,725.00) dari hampir 500 penderma. - ABC News