SEPASANG suami isteri yang hidup bersama selama 68 tahun, meninggal dunia di hospital yang sama dengan perbezaan waktu hanya 33 jam. Bob Johnson, 88, yang menderita kanser sejak enam bulan lalu dimasukkan ke hospital berhampiran rumahnya di St Peter, Minnesota, untuk menerima rawatan. Manakala isterinya, Corrine, 87, dimasukkan ke hospital yang sama akibat kegagalan jantung. Corrine terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhirnya minggu lalu. Beberapa hari sebelum kematiannya, ibu tujuh anak itu mencium suaminya, Bob dan berbisik: “Saya sayang kamu.” Anak perempuan pasangan tersebut, Beth Johnson memberitahu: “Apabila ibu pergi, mereka menarik tirai di antara kedua-dua katil itu, dan dia (Bob) hanya menatap tirai.” Anak lelaki pasangan itu, Bruce Johnson yang juga seorang doktor kanser menambah: “Sebaik sahaja ibu meninggal, dia mula merosot dan meninggal sehari kemudian” “Sukar untuk membayangkan ia satu kebetulan.” Bob dan Corrine menetap di ladang tenusu di Nicolette County, dan tinggal berdua di sana berasingan sehingga jatuh sakit pada awal tahun ini. - Metro.co.uk