suria

Kejam! Anjing ditembak, diseret dengan tali selepas lahirkan enam anak

Anjing bernama Alma yang didakwa ditembak dua kali dan diseret oleh tuannya selepas melahirkan enam ekor anak. Foto: MundoVivo

SEORANG pemburu lelaki yang didakwa menembak dan menyeret anjingnya selepas haiwan itu melahirkan anak sedang diburu oleh pihak polis.

Dua individu yang menyaksikan tindakan kejam pemburu tersebut sempat merakam video sebelum mereka memberhentikan kenderaan untuk memberi bantuan kepada anjing berkenaan.

Anjing, yang bernama Alma itu melahirkan enam ekor anak sebelum ia disiksa dengan kejam.

Dikatakan pemburu itu menyiksa haiwan berkenaan kerana ia masih hidup sungguhpun ditembak sebanyak dua kali, di mana dia kemudian mengheret anjing itu dari rumah untuk ‘menyelesaikan’ tugasnya.

Alma masih hidup sungguhpun ditembak sebanyak dua kali dan mengalami patah di kedua-dua belah kaki dan luka di badan akibat seretan.

Pemburu yang menyedari tindakannya dirakam  pasangan suami isteri itu, Ramon Feijoo Virginia Gonzalez sempat menjerit “Tolong berhenti merakam”.

Ramon menjawab: “Apa yang anda lakukan adalah tidak berperikemanusiaan, saya tidak merakam anda, saya merakam haiwan itu dan apa yang anda lakukan.”

Menurut media tempatan, kejadian itu berlaku pada Sabtu di Chantada, barat laut Sepanyol.

Organisasi kebajikan haiwan, Mundo Vivo, pada Isnin bahawa ia telah melaporkan kejadian itu kepada polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Alma dilaporkan berada dalam keadaan stabil sungguhpun mengalami kecederaan serius - Metro.co.uk

anjing, pemburu, tembak, seret

Artikel Lain