SEORANG bayi lelaki berusia 23 bulan maut dalam kebakaran selepas berpatah balik ke rumahnya yang terbakar demi menyelamatkan anjing peliharaan kesayangannya. Loki Sharp, terbunuh di rumahnya di Gentry, Arkansas, sejurus selepas menyedari haiwan tersebut masih berada di dalam dan cuba menyelamatkannya, dalam kejadian pada petang Sabtu lalu. Ibu bapa bayi malang tersebut, Kurtis dan Caitlin berada di luar rumah pada waktu itu, menurut Ketua Bomboa Gentry, Vester Cripps, tetapi tidak dapat mengesan Loki kerana sedang cuba mendapatkan bantuan dan cuba berusaha memadamkan api. Menulis di Facebook, ayah bayi malang itu berkata: 'Saya hanya mahu berhenti di sini dan mengatakan jangan mengambil mudah perihal anak anda'. Dilaporkan, kebakaran itu disebabkan oleh litar pintas. Jabatan Bomba Gentry bagaimanapun masih menyiasat punca tragedi ini. - Metro.co.uk