SEORANG ibu yang dua anaknya ditemui digantung di ruang bawah tanah rumah mereka telah didakwa melakukan pembunuhan dan juga melakukan hubungan seks bersama seekor anjing. Lisa Rachelle Snyder, 36, ditahan pada Isnin dan didakwa dengan pembunuhan kelas pertama, pembunuhan kelas ketiga, membahayakan kebajikan kanak-kanak dan hubungan seks dengan seekor anjing di Berks County, Pennsylvania. Dua anak Snyder, iaitu Conner, 8, dan Brinley, 4, ditemui dalam keadaan tergantung dan tiada tindak balas di ruang bawah tanah rumah mereka pada 23 September lalu. Kanak-kanak berkenaan cuba diselamatkan oleh paramedik ketika dikejarkan ke hospital. Mereka dibantu dengan mesin sokongan hayat namun meninggal dunia tiga hari kemudian. Pihak polis mengambil beberapa barangan dari rumah mereka selepas kematian dua kanak-kanak tersebut seperti telefon bimbit, sistem permainan video dan komputer, selain turut mencari seekor anjing yang dilaporkan telah diberikan kepada pihak lain sebelum kejadian itu. Menurut wartawan 69News, Jim Vasil, tuduhan hubungan seks dengan anjing dibongkar menerusi penumuan gambar dan bukti lain yang terdapat dalam e-mel Snyder semasa penyiasatan. Snyder kini ditahan di Penjara Berks County tanpa ikat jamin. - Metro.co.uk