suria

Budak lelaki maut terkena tembakan bapa sendiri ketika buru arnab

Colton Williams meninggal dunia akibat terkena tembakan bapanya secara tidak sengaja ketika berburu arnab. Foto: WSMV/WACH

SEORANG bapa secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya yang berusia sembilan tahun ketika sedang memburu arnab, kata pihak berkuasa.

Colton Williams, 9, meninggal dunia akibat luka tembakan dalam insiden tragis tersebut ketika berburu bersama bapanya yang dikenali sebagai Brian Franklin Williams.

Dilaporkan, mereka berburu di Springfield, Carolina Selatan sempena Hari Kesyukuran.

Tiada butiran lanjut telah dikeluarkan mengenai kematian tragis budak lelaki tersebut.

Colton adalah pelajar gred keempat di Sekolah Rendah Kelly Edwards di Williston, Carolina Selatan.

Datuk mangsa memberitahu bahawa Colton ‘mengambil pelajaran piano, memenangi anugerah kemahiran menembak di Camp Woodie, menyukai setiap sukan, dan merupakan peminat Clemson Tiger (bola sepak kolej).’

Dia memberitahu NBC: “Ini sangat sukar namun kami bersyukur kepada Tuhan kerana dapat bersamanya selama sembilan tahun.” – Metro.co.uk

tembakan, buru, arnab, maut

Artikel Lain