SEORANG petani mewarnakan badan anjing miliknya menyerupai belang di badan harimau. Tindakan itu dilakukan bagi menakutkan monyet-monyet yang sering mengganggu tanaman di kebun miliknya. Menurut petani di India itu, teknik berkenaan ternyata membuahkan hasil positif. Namun, dia kini masih lagi mencari penyelesaian untuk jangka masa panjang yang lebih berkesan. Ujarnya, ia merupakan idea seorang rakannya. Cat yang digunakan pada badan anjing itu boleh bertahan sehingga sebulan. - Daily Star.