PAUL Tapper, seorang jurutera dari Newton Abbot di Devon, sering mengahbiskan masanya mengunjungi pub yang terletak berhampiran rumahnya. Tabiat itu bagaimanapun tidak disenangi isterinya, Jayne. Akhirnya, wanita itu memutuskan untuk membina sebuah pub di laman belakang rumah mereka dalam usaha untuk mengelakkan suaminya menyelinap untuk minum dan menghabiskan masa di pub berdekatan. Jayne, 48, memilih untuk menamakan pub tersebut The Doghouse Inn. Ibu kepada tiga anak yang bekerja sebagai jururawat itu berkata, dia merancang menjadikan pub mereka sebagai lokasi parti dan keramaian, selain ia menjadi tempat mereka menghabiskan waktu bersama-sama pada waktu malam. “Suami saya Paul suka mengunjunginya (pub) yang terletak berdekatan. “Dan saya fikir - kenapa tidak buat pub saya sendiri, di mana saya menjadi pemilik tanah sendiri,” kata Jayne. Kos keseluruhan untuk membina pub sendiri itu menelan belanja sehingga £17,700 (RM97,000). - Mirror