suria

Alami pendarahan teruk, wanita meninggal dunia selepas lahirkan kembar tiga

Dina dilaporkan mengalami pendarahan dan sesak nafas, sebelum meninggal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri. Foto: Tribun News

SEORANG wanita di Medan meninggal dunia selepas melahirkan tiga cahaya mata kembar.

Memetik laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu melahirkan ketiga-tiga bayinya itu secara normal pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution menjelaskan setelah dirujuk di hospital, Dina kemudian telah dibawa pulang ke rumah.

Namun keadaan kesihatannya itu dilihat semakin menurun.

Dina dilaporkan mengalami pendarahan yang teruk dan sesak nafas, sebelum meninggal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri.

Kisah Dina menjadi viral setelah dikongsi oleh seorang temannya di Facebook.

Dina Nasution berkahwin dengan Heri pada awal tahun 2019. - Tribun News

pendarahan, Medan, kembar tiga

Artikel Lain