SEORANG model Instagram dihukum penjara selepas merompak empat buah kedai dalam tempoh sejam. Monique Marina Agostino, 24, didakwa atas pelbagai kesalahan selepas melakukan jenayah rompakan di utara Sydney pada November tahun lalu. Wanita itu yang juga seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 24 bulan tetapi akan merayu untuk meringankan hukumannya itu. Dia juga disabitkan dengan hukuman penjara kedua bagi jenayah dilakukannya di Pusat Membeli Belah Blacktown Westfield pada Mei lalu. Pertuduhan itu termasuk kesalahan memiliki tiga tablet diazepam, dadah jenis ice dan sebilah pisau ketika berada di dalam sebuah kedai. Dia juga didakwa mencuri sebuah jaket bernilai AUD 90 (RM255) dari sebuah kedai pakaian Supre. Monique berada di bawah tahanan reman selama beberapa bulan, lapor Daily Telegraph. Dia akan mengemukakan rayuan terhadap hukumannya di Mahkamah Daerah pada Januari depan. Wanita itu turut didakwa menggunakan kad kredit yang dicuri dari sebuah kafe untuk membeli hidangan McDonald di Brookvale. - Dailystar.co.uk