suria

Rogol gadis berulang kali, badut terima padah dipenjara 14 tahun

Robert Jamieson dipenjara atas kesalahan melakukan penderaan seksual terhadap gadis selain turut disabitkan dengan 10 kesalahan seks berasingan. Foto: Hull Live

SEORANG penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai 'Bobby Bubbles' dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis.

Robert Jamieson, 49, melakukan penderaan seksual terhadap gadis yang berusia di bawah 13 tahun pada masa itu, dan turut disabitkan dengan 10 kesalahan seks berasingan.

Badut tersebut terkenal dalam pertunjukan kanak-kanak di seluruh Hull dan East Yorkshire, tetapi kini telah dilabel sebagai 'berbahaya' oleh seorang hakim.

Jamieson, dari Beech Grove, Hull, menafikan tuduhan itu tetapi didapati bersalah oleh juri di Mahkamah Sheffield Crown, Hull Daily Mail melaporkan.

Perlakuan Jamieson terbongkar selepas mangsa, yang kini merupakan seorang ibu kepada  gadis muda, melaporkan kegiatan tidak bermoral lelaki tersebut.

Wanita itu sebelum ini enggan bekerjasama terhadap siasatan polis kerana masih mempunyai perasaan cinta terhadap Jamieson, mahkamah diberitahu.  - Dailystar

badut, rogol, gadis, Bobby Bubbles

Artikel Lain