SEORANG ahli bina badan dari Kazakhstan meluahkan hasrat untuk mengahwini teman wanitanya. Apa yang pelik, pasangannya itu bukanlah seorang manusia, sebaliknya ia merupakan sebuah robot seks. Menurut Yuri Tolochko, dia sudah bercinta dengan robot itu selama lapan bulan. Malah, dia turut berkongsi foto mesra bersama menerusi laman Instagram. Lebih pelik, lelaki itu mengakui sering bergaduh dengan robot berkenaan yang diberi nama Margo. Namun, ia tidak menghalang dia untuk meneruskan perkahwinan itu. Menurut laporan, Yuri turut melayan robot itu persis wanita sebenar. - Daily Star.