suria

Pasangan gay teruk dipukul 3 remaja, kini trauma untuk keluar ke kedai

Pasangan ini dibelasah tiga remaja pada Rabu lalu.

DUA jejaka yang juga pasangan sejenis teruk dipukul sewaktu mereka berkunjung ke sebuah kedai di Southampton, England, pada Rabu.

Jamie Edwards, 33, dan Damian Hampton, 26, sedang berjalan di kedai sebelum dia diserang tiga remaja lelaki.

Sebelum diserang, mereka terlebih dahulu dihina dan dicaci dengan kata-kata kesat yang menghina golongan gay.

Mereka bagaimanapun berlalu pergi tanpa menghiraukan hinaan itu sebelum ditumbuk dari belakang.

Rebah ke lantai, mereka kemudiannya dipukul dengan teruk sehingga mengalami lebam di beberapa anggota badan.

Susulan kejadian itu, pasangan berkenaan mengaku trauma dan takut untuk keluar ke kedai dan lokasi-lokasi lain.

Polis Hampshire turut mengesahkan kejadian itu yang disifatkan sebagai jenayah kebencian. - Daily Star.

Artikel Lain