SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun terpaksa tidur di atas lantai gara-gara ketiadaan katil yang mencukupi di hospital. Little Jack Williment dimasukkan ke sebuah hospital di Yorkshire, England pada minggu lalu setelah dia jatuh sakit. Dia kini disyakki menghidap radang paru-paru. Ujar ibunya, Sarah, kanak-kanak itu dibiarkan terbaring di atas lantai selama beberapa jam. Sarah turut berkongsi foto sedih itu yang mana anaknya turut dipakaikan dengan topeng oksigen. "Jack tidak diberikan katil sehinggalah 13 jam setengah kemudian," ujar ibunya. Dalam pada itu, ketua pegawai perubatan hospital berkenan turut memohon maaf atas kejadian berkenaan. Ujar Julian Hartley, hanya kerusi yang tersedia pada waktu kejadian memandangkan katil hospital berkenaan sudah penuh digunakan pesakit lain. - The Sun.