suria

Menyamar jururawat culik bayi dari sebuah hospital

Suspek ditahan 56 jam selepas insiden penculikan itu.

SEORANG invididu menyamar sebagai jururawat untuk menculik seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan dari sebuah hospital.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek berjalan menuju ke wad bersalin sebelum keluar bersama dengan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu.

Pihak berkuasa di Huishui, barat daya China dimaklumkan mengenai insiden penculikan itu oleh ibu bapa bayi tersebut, Chen Ming-xin dan suaminya, Lu.

Pasangan itu antara 10 individu termasuk tiga ibu lain yang sedang berehat di sebuah bilik di Hospital Lianjiang pada waktu insiden.

Chen dan Lu berkata mereka menawarkan ganjaran 100,000 yuan untuk maklumat kehilangan bayi perempuan mereka sebelum polis Huishui mengumumkan penahanan penculik tersebut.

Penculik yang dikenali sebagai Li ditahan di sebuah rumah sewa kira-kira 300 batu dari hospital itu, dua hari kemudian.

Pasangan itu kemudian bersatu semula dengan bayi perempuan mereka.

Pemeriksaan di CCTV menunjukkan Li lengkap berpakaian seragam jururawat dan bertopeng semasa melakukan jenayah itu.

Namun kakitangan hospital berkata dia bukan salah seorang jururawat di situ. - Mirror.co.uk

culik bayi, CCTV, hospital

Artikel Lain