SEORANG lelaki di Australia menerima pujian warga internet kerana secara selamba makan hidangan ayam KFC di hadapan aktivis haiwan sewaktu berlangsungnya satu protes di negara itu. Video melibatkan lelaki berkenaan yang dirakam sewaktu protes vegetarian berlangsung, sehingga kini menerima lebih 300,000 tanda suka. Malah, ramai yang melihat tindakannya sebagai satu jenaka yang cukup menghiburkan. Video yang dirakam di Sydney memaparkan lelaki itu sedang menjamah hidangan ayam KFC. Dia berada berdekatan kumpulan aktivis yang baru sahaja memulakan protes mereka. Sambil berjalan di hadapan kumpulan aktivis itu, dia selamba sahaja makan hidangan berkenaan. - Daily Star.