suria

Mahu lepaskan diri, bapa sanggup tuduh anak sendiri bunuh bayi

Michael dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan pembunuhan kelas kedua. Foto: Mirror.co.uk

KEJAM! Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang lelaki sanggup membunuh bayinya yang berusia 13 hari.

Michael Anthony Herkal, 33, dari Minneapolis, Amerika Syarikat, didakwa menggoncangkan bayi malang tersebut sehingga membawa kematian.

Ketika pasukan paramedik tiba di rumahnya sejurus selepas kejadian yang berlaku pada Ogos tahun lalu, lelaki tersebut mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Lelaki itu berkata, anak sulungnya itu menarik bayi malang tersebut dari sofa.

Bagaimanapun lelaki itu kemudian menukar cerita apabila disoal pihak berkuasa, dengan mengatakan bayi tersebut terjatuh dari meja ketika dia sedang menukar lampin.

Perbuatan kejammnya itu terbongkar selepas dia didapati membuat carian di Google mengenai 'seseorang melempar bayi ke lantai' dan beberapa kata kunci lain, sebelum dia menghubungi ambulans.

Bayi malang itu meninggal dunia dua hari kemudian di hospital.

Pada Khamis, Michael dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan pembunuhan kelas kedua.

Rekod mahkamah juga menunjukkan Michael mempunyai sejarah panjang berkaitan jenayah keganasan rumah tangga terhadap ibu kanak-kanak itu. - Mirror.co.uk

goncang, bayi, tuduh, Minneapolis

Artikel Lain