suria

Langgar dan lari, pemandu menangis dimaklumkan mangsanya budak perempuan berusia 10 tahun sudah meninggal dunia

Marsden dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun empat bulan atas kesalahan itu. FOTO: BPM Media.

PENYESALAN yang tidak berguna.

Itulah yang dapat menggambarkan perasaan lelaki ini apabila tindakan cuainya menjadi punca kematian seorang budak perempuan berusia 10 tahun.

Connor Marsden, 24, kelihatan menangis sambil memegang kepalanya apabila dimaklumkan mengenai identiti mangsa.

Dia sebelum itu melanggar mangsa sebelum melarikan diri.

Pada Khamis, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun empat bulan atas kesalahan itu.

"Kesedihan ini tidak akan berakhir," ujar ahli keluarga mangsa.

Kejadian melibatkan kanak-kanak dikenali sebagai Mellisa Tate itu berlaku di Kenton, Newcastle pada 25 September lalu.

Selain kes langgar lari, dia turut dihukum kerana memandu tanpa lesen sewaktu kejadian itu berlaku. - Mirror.

Artikel Lain