suria

Isteri mati ditembak selepas kantoi tiduri lelaki lain

Osmara bersama suami dan anaknya.

SEORANG lelaki didakwa menembak mati isterinya yang berusia 19 tahun selepas pulang ke rumah dan mendapati dia tidur dengan lelaki lain.

Osmara J.Martinez ditembak di kepala di kediamannya di Tehuantepec, selatan Mexico.

Kekasih wanita itu bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Menurut penduduk setempat, suspek dikenali sebagai Alfonso E.R, 26, berang selepas menyedari perbuatan isterinya itu.

Jiran bergegas ke kediaman pasangan itu untuk membantu tetapi mangsa meninggal serta-merta di lokasi kejadian.

Berdasarkan siasatan suspek dipercayai mabuk dan cuba mengantung diri selepas membunuh isterinya.

Keluarga mangsa memberitahu pemberita bahawa Osmara bertemu dengan suaminya pada usia 14 tahun dan tidak menamatkan persekolahannya.

Ahli keluarga Osmara berkata mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan pasangan itu kerana jarak usia mereka.

"Kami tidak pernah bersetuju Osmara berkahwin dengan suspek.

"Dia akan datang ke rumah kami dengan kesan lebam di muka dan badan," kata ahli keluarganya.

tembak, mati, isteri, kantoi

Artikel Lain