HAJAT seorang pesara warga emas yang membuat permintaan agar seorang penari bogel melawatnya di rumah penjagaan, akhirnya menjadi kenyataan. Joan, 89, malah berkata, dia menikmati setiap saat persembahan daripada penari lelaki tersebut. Permintaan warga emas itu adalah sebahagian daripada inisiatif rumah penjagaan tersebut, Glastonbury Court di Suffolk. Joan membuat permintaan dengan meminta seorang lelaki bertubuh menarik, berdada bidang dan mempunyai bisep yang besar. Dia dan sekumpulan warga emas kemudian dihiburkan dengan persembahan seorang penari lelaki yang pada mulanya berpakaian seragam bomba. Menerusi rakaman video, penari itu turut memberikan pelukan kepada warga emas berkenaan. Joan berkata, penari tersebut sungguh hebat dan berharap agar mendapat kunjungan seumpama itu setiap hari. "Dia buat saya berasa muda semula, saya menikmatinya setiap saat," ujar wanita itu. - Metro.co.uk