suria

Ruang dalam pesawat tiba-tiba berasap, juruterbang menjerit minta penumpang keluar

Syarikat penerbangan Qantas sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada Ahad lalu. FOTO: EVILH0MER/Twitter.

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib penumpang penerbangan Qantas dari Sydney ke Perth, Australia pada pagi Ahad.

Ia susulan kemunculan asap secara tiba-tiba dalam pesawat, memaksa mereka dipindahkan keluar dengan segera.

Sewaktu kejadian, juruterbang turut menjerit, mengarahkan semua penumpang dikeluarkan segera.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat sudah terbang sebelum ia melakukan pendaratan cemas.

Menurut penumpang, keadaan pada waktu itu begitu cemas.

Lebih teruk, penumpang dibawa keluar dari pesawat menggunakan gelongsor sejurus ia mendarat di landasan.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Qantas turut mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

Ujarnya, pihak jurutera sedang menyiasat punca kejadian kebocoran cecair hidraulik dalam pesawat berkenaan. - Daily Star.

Qantas, juruterbang, pesawat, hidraulik

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan