suria

Bank tersilap pindahkan RM153 juta dalam akaun simpanan, tindakan wanita ini amat mengejutkan

Ruth Balloon terkejut apabila sebanyak AS$37 juta dipindahkan ke akaun banknya. Foto BL

SEORANG wanita menerima kejutan dalam hidupnya selepas mendapati akaun banknya mempunyai baki simpanan berjumlah AS$37 juta (RM153 juta).

Ketika itu, Ruth Balloon baru tamat waktu bekerja sebelum membuat semakan pada akaun banknya.

Dia tidak menyangka nasibnya begitu bertuah apabila menerima wang sebanyak itu.

Pada awalnya Ballon berharap seseorang menghadiahkannya wang berkenaan, tetapi dia segera membuat semakan dengan pihak bank.

Malangnya, wang berjumlah AS$37 juta itu tersilap dipindahkan ke akaun banknya.

Ballon kemudian mengembalikan semula wang berkenaan kepada bank simpanannya.

Dalam tempoh yang singkat sebagai jutawan itu, Ballon memikirkan bagaimana dia dapat membelanjakan kekayaannya.

Susulan kesilapan itu, Ballon berkata, dia tidak bercadang mahupun mencuba menyimpan wang tersebut.

Namun, apa yang diharapkannya adalah ganjaran berupa terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia dan memaklumkan perkara tersebut kepada bank. - Daily Star


juta, bank

Artikel Lain