suria

Petugas muzium ketakutan, dakwa batu meteor bergerak sendiri

Pameran batu meteor ini diadakan di Muzium Sejarah Negeri Urals Selatan, Chelyabinsk. FOTO: Dennis Aleksandrov.

SEBUAH muzium di Rusia menampilkan tarikan unik apabila memperkenalkan pameran batu meteor.

Batu meteor itu jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 dan kini menjadi sebahagian bahan pameran di Muzium Sejarah Negeri Urals Selatan, Chelyabinsk.

Bagaimanapun, ia ternyata menimbulkan rasa takut dalam kalangan petugas muzium.

Dakwa mereka, batu meteor itu boleh bergerak sendiri.

Dalam satu kejadian, kubah kaca yang menutupi batu meteor berkenaan terangkat dengan sendiri sehingga mencetuskan kekecohan.

Ia turut menyebabkan penggera kecemasan berbunyi.

Dalam pada itu, pengarah muzium, Vladimir Bogdanovsky berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca kejadian itu.

"Kami bercakap dengan semua pakar kami yang mahir dalam bidang eletronik. Kata mereka mustahil ia boleh terbuka sendiri.

"Namun ia berlaku. Tiada penjelasan dan jawapan setakat ini," ujarnya. - Daily Star.

batu meteor, muzium, Rusia

Artikel Lain