SEORANG pekerja rias kuku nyaris maut selepas dihempap oleh sebuah kerusi sofa yang dicampak dari bumbung. Edita Butkeviciut, 30, rebah dan terperangkap di bawah sofa tiga tempat duduk selama 40 minit. Dia ditemui selepas majikannya di Nailco Nail Bar di Aberdeen, Scotland, tidak dapat menghubunginya apabila waktu rehatnya tamat. Teman lelaki Edita, James Ferreira berkata: "Doktor beritahu Edita bertuah kerana masih hidup. "Saya amat bersyukur di atas sokongan semua orang kepada kami sejak beberapa hari lalu." Dua lelaki didakwa kerana terlibat dengan insiden itu. Edita yang menetap di Aberdeen, perlu menjalani pembedahan kerana patah tulang, termasuk patah paha dan buku lali. Ketika kejadian Edita pergi ke belakang kedai untuk membuang sampah dan sedang membuat panggilan telefon. - Mirror