SEORANG pencuri yang tidak malu menulis nota ucapan terima kasih kepada pemilik rumah sebelum mencuri satu bungkusan di kediamannya. Hilary Smith menemui nota di rumahnya beberapa jam selepas bungkusan tersebut dihantar pada pagi Rabu. Malah, pencuri yang tidak dikenali itu turut menandatangani nota berkenaan. "Pemilik baharu bungkusan anda," menurut keterangan pada nota tersebut. Bungkusan itu mengandungi pengecaj mudah alih yang sepatutnya dijadikan sebagai hadiah Krismas kepada majikan Hilary. Dia menerima mesej mengenai bungkusan berkenaan telah dihantar pada tengah hari. Hilary bagaimanapun tidak menjumpainya apabila pulang ke rumahnya di Minnesota, Amerika Syarikat pada pukul 5 petang waktu tempatan. Bercakap kepada CBS Minnesota: "Tak malu dan angkuh." Polis sedang menyiasat suspek yang mencuri bungkusan berkenaan. - Mirror