suria

Restoran diarah tutup selepas pelanggan rakam aksi pekerja kencing di dapur ketika drive-thru

Perbuatan tidak senonoh seorang pekerja restoran terbabit mengundang kemarahan netizen.

SEBUAH restoran diarah tutup selepas seorang pelanggan merakam aksi pekerja kencing di bahagian dapur.

Jabatan Kesihatan menghantar notis penutupan kepada restoran terkemuka dari Mexico di Draper, Utah itu selepas rakaman tersebut tular di media sosial.

Robert Talivakola membuat pesanan menerusi drive-thru pagi Ahad ketika insiden itu berlaku.

Pemuda itu berkata dia amat terkejut dengan apa yang dilihatnya dan bertindak merakam perbuatan tidak senonoh itu untuk menyakinkan orang ramai.

"Saya suka Rancherito. Saya makan di situ banyak kali. Saya sedikit terganggu apabila melihat perbuatan itu.

"Kamu seperti tidak mahu datang kembali. Sejujurnya saya tidak akan makan di restoran itu lagi," katanya.

Talivakola kemudian berkongsi rakaman itu di Facebook yang ditonton sebanyak 70,000 kali sebelum posting itu dipadam.

Restoran itu dtutup selepas Jabatan Kesihatan mengesahkan salah seorang pekerja restoran itu mencetuskan keraguan mengenai keselamatan makanan yang dihidangkan.

Seluruh restoran kini sedang dibersihkan dan akan dibuka semula selepas pihak pengurusan bertemu dengan Biro Pelindungan Makanan untuk pemeriksaan lengkap termasuk pengesahan latihan pekerja. - Metro.co.uk

dapur, kencing, restoran

Artikel Lain