SIKAP nakal seorang budak lelaki berusia sembilan tahun membawa padah apabila dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Zhuhai, China. Budak itu mencuri kereta milik ibunya sebelum memandu sejauh empat kilometer. Setibanya di sebuah persimpangan yang sibuk, dia gagal mengawal kereta sebelum berlakunya kemalangan. Lebih teruk, dia juga lari dari tempat kejadian susulan terlibat dalam kemalangan itu. Kejadian itu turut dirakam oleh kamera dascham sebuah kereta berhampiran. Sewaktu dihubungi polis, ibunya langsung tidak mengetahui mengenai tindakan anaknya itu. Menurut wanita itu lagi, dia gagal mencari kunci kereta kerana ia disorokkan oleh anaknya. Kereta itu mengalami calar dan remuk akibat kejadian berkenaan. - Daily Star.