suria

Saintis didakwa lakukan hubungan seks dengan mayat di bilik bedah

Insiden didakwa berlaku di sebuah institut perubatan di Manaus, Brazil. Foto CEN

SEORANG saintis forensik dipecat kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan mayat.

Media tempatan melaporkan Wanderley dos Santos Silva, 52, dipecat oleh sebuah institut perubatan kerana didakwa melakukan hubungan seks dengan mayat di bandar Manaus, di Amazonas di Brazil.

Menurut laporan media tempatan, seorang pegawai dari Jabatan Polis Forensik pergi ke bilik bedah siasat untuk mengumpul maklumat tambahan mengenai seorang wanita yang telah mati.

Ketika itu, dia mendakwa menemui Silva melakukan hubungan seks dengan mayat berkenaan.

Silva dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian setelah tindakannya dikesan.

Susulan kejadian itu, kes berkenaan disiasat polis.

Setiausaha Keselamatan Awam berkata, sebelum kejadian, suspek dan seorang rakan meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka dalam satu perlawanan dan pulang ke institut berkenaan dalam keadaan mabuk.

Bercakap kepada pemberita, peguam tempatan, Penelope Antony berkata, Silva bakal berhadapan penjara antara dua hingga tiga tahun sekiranya disabitkan bersalah kerana melakukan hubungan seks dengan mayat. - Daily Star

saintis, mayat, bedah siasat, seks

Artikel Lain