suria

Gara-gara pewarna rambut, wajah wanita bengkak hingga tak boleh buka mata

Keadaan wajah Julie yang mengalami alahan teruk selepas mewarnakan rambut. Foto MDWfeatures /Julie Yacoub

SEORANG wanita mengalami kesan alahan yang teruk selepas mewarnakan rambut.

Julie Yacoub yang berasal dari Perth, Australia itu mengalami kesan seperti terbakar, gatal-gatal pada kulit kepala selama tiga minggu.

Menurut Julie, kesakitan itu digambarkan seperti digigit jutaan semut jantan.

Dia dikejarkan ke hospital selepas wajahnya membengkak sehingga tidak dapat membuka matanya.

Pengurus jualan berusia 37 tahun itu sering mewarnakan rambut sejak zaman remajanya.

Namun, dia tidak mempunyai tanda-tanda alahan ketika itu.

Julie kemudian dimaklumkan bahawa mengalami reaksi alahan terhadap bahan kimia yang terdapat pada kebanyakan pewarna rambut yang dipanggil paraphenylenediamine (PPD). - Mirror


bengkak, pewarna rambut, alahan

Artikel Lain