suria

Kerana didera tunang secara mental, ibu tikam anak sehingga mati

James yang berusia 23 bulan mati selepas ditikam berulang kali oleh ibunya. Foto: Facebook

GARA-GARA didera secara mental oleh tunang yang merupakan seorang juruterbang, seorang ibu menikam anak lelakinya yang berusia 23 bulan sehingga mati.

Magda Lesicka, 33, yang juga kru sebuah syarikat penerbangan yang sama dengan tunangnya, Peter Chilvers didakwa mengalami gangguan mental akibat didera oleh lelaki tersebut.

Lesicka, yang bertemu dengan Chilvers ketika bekerja di syarikat penerbangan itu, didakwa membunuh anak mereka James Chilvers, di rumahnya di Wythenshawe, Greater Manchester, pada 26 Ogos 2017.

Dia kemudian cuba untuk membunuh diri selepas menikam anaknya berulang kali.

Chilvers didakwa mendera Lesicka, malah memaksanya memakan rambut yang dicabut dari kepalanya.

Lelaki itu juga mempunyai hubungan dengan seorang kru penerbangan yang lain.

Lesicka yang juga seorang warga negara Poland, dihukum penjara selama 15 tahun tahun selepas dia mengaku bersalah atas jenayah tersebut. - Mirror

tikam, anak lelaki, juruterbang

Artikel Lain