suria

Wanita dera bayi selepas main Fortnite, siap buat siaran langsung selama 4 jam

Wanita itu sudah ditahan polis dan dijangka dibicarakan pada Januari.

SEORANG wanita didakwa mendera bayi berusia 14 bulan sebelum menyiarkan rakaman itu secara langsung menerusi laman web permainan video, Twitch.

Sebelum kejadian berkenaan, wanita berusia 31 tahun itu dilihat sedang bermain permainan Fortnite.

Dalam video itu, dia menjerit ke arah bayi berkenaan yang dibiarkan berhampiran dengannya.

Dalam video berdurasi empat jam itu, dia dilihat menggigit tangan bayi berkenaan.

Akaun wanita itu dalam laman web berkenaan sudah digantung.

Malah, dia juga sudah ditahan oleh pihak berkuasa.

Wanita itu dikatakan sudah ditahan di kediamannya di Calgary, Alberta, Kanada.

Perbicaraan pertama untuk wanita itu dijangka berlangsung pada 17 Januari depan. - Daily Star.

Fortnite, dera bayi, siaran langsung

Artikel Lain