suria

Gadis jadi lumpuh, hilang keupayaan untuk bercakap selepas jalani rawatan payudara

Emmalyn menjalani rawatan payudara pada 1 Ogos lalu.

LAIN yang dihajatkan, lain pula yang terjadi.

Itulah kisahnya mengenai Emmalyn Nguyen, 18, apabila dia terkena serangan jantung selepas menjalani rawatan payudara, baru-baru ini.

Sebuah klinik di Colorado, didakwa cuai sewaktu melakukan prosedur itu pada 1 Ogos lalu sehingga memberi kesan buruk terhadap Emmalyn.

Difahamkan, Emmalyn melakukan rawatan payudara untuk memperbaiki imej diri selepas dia menamatkan persekolahan.

Selepas kejadian itu, Emmalyn juga menjadi lumpuh dan tidak boleh bercakap.

Menurut tuntutan saman keluarganya, otak Emmalyn mengalami kerosakan akibat kecuaian klinik berkenaan.

Hilang keupayaan diri, dia kini terpaksa dijaga oleh ahli keluarga dan diberi makan melalui wayar. - Daily Star.

Emmalyn Nguyen, payudara, lumpuh

Artikel Lain