NIATNYA hanya untuk menggaru-garu duburnya, tetapi warga emas ini berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila botol cologne bagaikan 'ditelan' punggungnya. Lelaki berusia 60 tahun itu terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan kerana tidak tahan menanggung kesakitan pada perutnya. Pemeriksaan lanjut mendapati botol kira-kira enam sentimeter tersangkut di bahagian bawah tubuhnya. Pakar Gastroenterologi, Dr Lin Jun telah menjalankan pembedahan dubur di hospital di wilayah Guangdong, selatan China. Lelaki itu mengadu tidak dapat buang air besar atau kentut. "Pesakit mengadu mengalami kesakitan pada bahagian perut dan merasakan ada sesuatu di dalamnya hingga menyebabkan dia tidak dapat membuang air besar ataupun kentut. "Keseluruhan botol itu berada dalam rektumnya," katanya. Menceritakan lebih lanjut, kata warga emas itu, botol Florida Water itu dengan tidak sengaja masuk menerusi rektum nya ketika dia menggaru-garu bahagian itu. Ketika ini, pesakit berkenaan masih dalam proses pemulihan susulan pembedahan yang dijalaninya.-metro.co.uk