suria

Nenek ‘diserang’ ratusan burung merpati, banyak kali terkena najis

Seorang nenek trauma dikerumuni ratusan burung merpati dekat rumahnya. Foto SWNS

SEORANG nenek sentiasa dikerumuni ratusan burung merpati semasa jiranya memasang tempat makanan burung.

Kathy Waite, 55, berkata, dia berhadapan dengan 'serangan' yang berterusan selama dua tahun daripada sangkar burung di luar rumahnya.

Waite berkata, burung-burung merpati itu membuang najis di setiap inci tamannya.

Malah, dia turut terkenal tahi burung beberapa kali.

Dia melaporkan hal berkaitan jirannya kepada majlis tempatan dan jirannya itu diarahkan berhenti memberi makanan kepada burung-burung berkenaan selama sebulan.

Waite yang merupakan ibu enam anak dari Skegness, Lincs di England berkata: "Anda boleh dengar bunyi mereka di luar rumah. Bila mereka datang dekat pastinya menakutkan kerana bunyinya semakin kuat dan kuat seperti bom.

"Saya tidak pernah tidur lena sejak kami berpindah ke sini dua tahun lalu." - Mirror 

najis, burung merpati, nenek

Artikel Lain