KEDENGARAN tidak adil namun itulah hakikat yang harus ditelan. Malang nasib remaja perempuan ini, dia bakal dipenjara seumur hidup selepas didakwa menembak mati lelaki yang merogolnya. Selain dirogol, dia turut dijual oleh lelaki itu untuk tujuan seks. Kata Chrystul Kizer, 19, dia bertemu Randy Volar sewaktu berusia 16 tahun. Selepas beberapa kali dirogol, Randy turut memperdagangkan tubuh remaja itu. Malah, Chrystul turut diberi dadah sebelum dia menembak mati lelaki berusia 33 tahun itu pada 5 Jun 2018 di rumahnya di Wisconsin, Amerika Syarikat. Selepas ditembak, Chrystul turut membakar mayat lelaki itu sebelum melarikan diri. Kini, peguam gadis itu sedang membuat persiapan untuk rayuan hukuman berkenaan. Dia kini ditahan dalam penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya. - Daily Star.