DUA individu vegetarian di Florida, Amerika Syarikat dipenjara selepas kematian anak mereka yang berusia 18 bulan. Mengikut perbicaraan, pasangan itu menyuap anak mereka dengan sayur dan buah mentah sahaja. Tindakan itu memberi kesan kepada kesihatan bayi berkenaan sehingga dia meninggal dunia pada 27 September lalu. Akibatnya, Sheila O’Leary dan suaminya Ryan O’Leary didakwa atas kesalahan bunuh kelas pertama. Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, keluarganya hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja. Tambah O'Leary, selain dua jenis makanan itu, anaknya hanya diberi susu dada sejak dilahirkan. Sewaktu hari kejadian, pasangan itu menghubungi talian kecemasan selepas anak mereka tidak sedarkan diri. Bayi itu bagaimanapun ditemui sudah mati sewaktu pihak berkuasa tiba. - Daily Star.