SEORANG pakar bedah plastik menerima padah selepas digantung tugas akibat meniduri pesakitnya. Doktor Renato Zaccheddu menerima hukuman itu selepas dia melakukan hubungan intim dengan pesakit berkenaan yang sebelum ini pernah menjalani pembedahan payudara dengannya di sebuah klinik di Manchester. Menurut laporan, doktor berusia 48 tahun itu dijemput ke sebuah restoran oleh wanita berkenaan untuk menikmati hidangan stik. Ia sebagai tanda ucapan terima kasih selepas prosedur pembedahan payudaranya berjalan lancar. Mereka kemudiannya pergi ke sebuah hotel sebelum melakukan hubungan terlarang. Malangnya, wanita itu membuat laporan atas perlakuan tersebut sebelum doktor berkenaan digantung tugas. Selain itu, mesej intim antara Zaccheddu dengan wanita itu turut didedahkan. Selepas dibicarakan oleh Tribunal Khidmat Pengamal Perubatan, dia akhirnya digantung tugas selama setahun. - Daily Star.