suria

Dibaling syiling, ditumbuk hingga berdarah... tiga remaja serang pasangan lesbian dalam bas

Polis Metropolitan London mengeluarkan rakaman CCTV menunjukkan salah seorang remaja menyerang mangsa di dalam bas.

SEORANG remaja yang mengaku mengancam pasangan lesbian di dalam bas di London diarahkan menjalani sesi tatatertib.

Remaja berusia 15 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak kasar terhadap Melania Ramirez dan Christine Hannigan di dalam sebuah bas pada Mei lalu.

Dalam kejadian itu, pasangan berkenaan didekati oleh tiga remaja lelaki dalam perjalanan menaiki bas pulang ke rumah.

Mereka dilemparkan duit syiling, ditumbuk dan dihamburkan kata-kata kesat, sejurus menaiki sebuah bas di utara London.

Seorang doktor berusia 28 tahun dari Uruguay, Ramirez berkongsi gambar pasangan itu mengalami kecederaan dalam serangan yang berlaku pada pukul 2.15 pagi 30 Mei lalu.

Menerusi pendengaran di mahkamah, kesemua remaja masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun itu mengakui menyerang dua wanita itu.

Remaja berusia 17 tahun dari Chelsea disabitkan hukuman pemulihan remaja selama empat bulan.

Remaja berusia 16 tahun pula dikenakan satu perintah pada 19 Disember selepas dikenakan pertuduhan yang sama iaitu melakukan serangan, termasuk mencuri.

Manakala remaja berumur 15 tahun diberikan perintah rujukan belia selama lapan bulan. - Mirror

remaja, serang, tumbuk, lesbian

Artikel Lain