suria

Gempar skandal pegawai penjara dengan banduan, bertukar video seks

Ayshea Louise Gunn dihukum penjara selepas didapati menjalinkan hubungan sulit dengan seorang banduan. Foto Facebook/Mirror

SEORANG pegawai penjara yang bertukar video seks dengan seorang banduan atas kesalahan rompakan bersenjata kini dihukum penjara.

Ayshea Louise Gunn, 27, dipenjara selepas skandalnya selama empat bulan bersama banduan, Khuram Razaq terbongkar.

Pasangan itu bertukar video dan gambar tidak senonoh, yang mana ada antaranya tersebar di internet semasa banduan itu menjalani hukuman di penjara Berwyn di Wrexham, Wales.

Ayshea yang mempunyai ijazah dalam bidang kriminologi dan psikologi, jatuh cinta dengan Khuram selepas mendapati rakan setugasnya juga menjalinkan hubungan sulit.

Menurut laporan Daily Post, dia menghubungi banduan tersebut lebih 1,200 kali melalui tiga nombor telefon berasingan.

Banduan, Khuram Razaq menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawai penjara. Foto Mirror

Malahan, beberapa barang turut diseludup ke penjara untuk banduan berkenaan.

Asyhea membelikan pasangannya itu pakaian dan jam pintar untuk dipakai di penjara, selain memberikan wang tunai.

Dia dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan.

Khuram, 29, ketika itu menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana terlibat dalam kejadian rompakan.

Akibat kesalahan itu, hukuman penjaranya ditambah sebanyak lapan bulan. - Mirror

penjara, skandal, banduan, video seks

Artikel Lain