suria

Menangis selepas dijatuhkan hukuman penjara 300 tahun kerana mencabul kanak-kanak

Elizabeth Haway berdepan dengan hukuman penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah melakukan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak perempuan. Foto: Metro.co.uk

SEORANG wanita berdepan dengan hukuman penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah melakukan perlakuan sumbang dan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak perempuan.

Elizabeth Haway, 42, hanya mampu berkata 'Saya bersalah' apabila sejumlah tujuh pertuduhan termasuk serangan seksual dan penderaan seksual dibacakan terhadapnya pada Isnin.

Wanita dari Princeton, West Virginia, itu juga dilihat menangis ketika dia mengakui jenayah kejamnya yang bakal membuatkannya meringkuk dalam penjara seumur hidup.

Haway berdepan hukuman penjara maksimum selama tiga abad, di mana dia dijangka mula menjalani hukuman bermula 28 Februari tahun depan.

Pejabat Sheriff Mercer County mula menyiasat Haway pada April selepas mendapat video mengenai perlakuan wanita itu yang mencabul kanak-kanak perempuan, yang dianggarkan berusia sekitar lima atau enam tahun. - Metro.co.uk

cabul, penjara, 300 tahun, ibu

Artikel Lain