suria

Kanak-kanak paling kuat di dunia selamba angkat beban tiga kali ganda berat diri sendiri

Aksi Timofey Klevakin yang mencuri perhatian ramai.

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun membuktikan kemampuan dirinya sehingga digelar kanak-kanak paling kuat di dunia.

Berbeza dengan kanak-kanak sebaya yang lain, Timofey Klevakin mampu mengangkat bebanan tiga kali ganda berat dirinya.

Sering itu, dia juga boleh menarik kereta dan memusingkan tayar kenderaan berat dengan mudah.

Kata bapanya, kanak-kanak dari Shalya, Rusia itu mula membentuk minatnya selepas berkunjung ke gim.

"Dia main-main sahaja pada mulanya. Tengok orang di gim dan cuba tiru.

"Kemudian kami perasan dia mula angkat benda-benda berat," ujar Asreniy.

Dalam pujian yang diterima, ada juga yang mempertikaikan kanak-kanak itu yang mana perbuatan mengangkat bebanan dibimbangi menjejaskan kesihatannya.

Namun kata bapanya, Timofey sangat sihat dan pemeriksaan kesihatan menunjukkan dia tidak mempunyai sebarang masalah. - Daily Star.

angkat berat, kuat, Timofey Klevakin

Artikel Lain