suria

Gempar dua tangan manusia dijumpai dalam perut jerung, salah satunya masih ‘pakai’ gelang

Pasukan penyelidik menemui dua tangan manusia di dalam perut seekor jerung. Gambar sekadar hiasan Foto Getty Images/Cultura RF/ sumber Daily Star

PASUKAN penyelidik yang memburu jerung di Lautan Hindi menjumpai dua tangan manusia dan seutas gelang di dalam perut seekor jerung harimau.

Menurut agensi berita AFP, keluarga seorang lelaki warga emas hilang semasa ke laut pada 21 Disember lalu.

Dan gelang itu dikenal pasti adalah milik lelaki berkenaan.

Difahamkan, lelaki tersebut dilaporkan hilang selepas satu aktiviti berkayak di perairan Saline-les-Bains di kepulauan Perancis, La Reunion.

Ikan pemangsa berukuran 11 kaki yang ditangkap pada Jumaat lalu, merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan serangan terhadap pelancong di sekitar kepulauan Perancis itu.

Sejak sembilan tahun lalu, sebanyak 11 serangan maut oleh jerung di kawasan berkenaan.

Antara mangsa pada tahun ini adalah seorang pelayar pada Mei lalu.

Selain itu, seorang pelancong warga Scotland maut pada November lalu, yang mana cincin kahwinnya ditemui pada sebatang jari.

Penemuan gelang itu sama seperti kejadian membabitkan mangsa warga Scotland itu di mana aksesori berkenaan ditemui masih tersarung pada tangan manusia.

Media tempatan melaporkan bahawa tangan yang ditemui pada Jumaat itu milik mangsa yang telah digigit atau diserang jerung selama lebih 48 jam. - Daily Star

La Reunion, jerung, jerung harimau

Artikel Lain