suria

Pasangan tak sengaja buang wang tunai lebih RM80,000 di pusat kitar semula

Pusat kitar semula di depot Bathnes di Midsomer Norton. Foto Daily Star

SATU pasangan secara tidak sengaja membuang wang tunai £15,000 (RM81,053) di pusat kitar semula.

Wang mereka bagaimanapun telah dikembalikan sebelum Krismas.

Pasangan dari Burnham-on-Sea di Somerset, England itu telah membuang beberapa kotak untuk dikitar semula di depot Bathnes di Midsomer Norton.

Mereka bernasib baik apabila pekerja di pusat berkenaan apabila pekerja mencari kabel elektrik, menjumpai kotak yang mengandungi wang itu sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Menurut laporan Somerset Live, polis kemudian berjaya menjejaki orang yang meninggalkan kotak-kotak di pusat kitar semula dengan mengenal pasti kereta yang memasuki kawasan itu sebelum mendapatkan alamat.

Ketika disoal siasat, pasangan dari Burnham itu berkata, mereka berada di Bath bagi membantu membersihkan rumah saudara yang meninggal dunia semasa kotak-kotak itu dihantar ke pusat kitar semula.

Menurut pasangan itu, saudara mereka dikenali sering menyimpan wang di tempat-tempat pelik di sekitar rumah. - Daily Star

wang, kitar semula

Artikel Lain