suria

“Saya boleh bercakap dengan roh” - Ahli psikik dakwa bertemu semula dengan mendiang datuk

Kata Chris, dia sudah dilahirkan dengan bakat luar biasa itu. FOTO: Getty.

SEORANG ahli psikik di United Kingdom mendakwa bakat berkomunikasi dengan roh mengalir secara semulajadi dalam dirinya.

Kata Chris Riley, dia dilahirkan dengan bakat dan kebolehan unik itu.

Berkongsi ceritanya, Chris mendakwa pernag bertemu dan bercakap dengan mendiang datuknya.

"Seperti orang lain yang ada bakat menyanyi, saya ada bakat ini. Saya boleh bercakap dengan roh.

"Lepas dua bulan datuk saya meninggal, saya lihat dia dengan mata saya sendiri. Ia cukup beremosi bagi saya," katanya lagi.

Kebolehan itu turut memberi manfaat buah Chris untuk menjana pendapatan.

Malah, ramai orang hadir bertemu Chris untuk membantu mereka berkomunikasi dengan roh keluarga mereka yang sudah meninggal dunia. - Daily Star.

 
Chris Riley, roh, psikik

Artikel Lain