suria

Penari tiang lumpuh dihempap pokok ketika bercuti di resort 5 bintang

Maria Sirotenko membuat tuntutan saman ke atas resort tempat dia bercuti.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang penari tiang yang cedera dihempap pokok.

Menerusi kejadian sewaktu dia bercuti ke sebuah resort bertaraf lima bintang di Rusia, Maria Sirotenko dihempap sebatang pokok sewaktu sedang beratur untuk bermain ski.

Akibatnya, dia mengalami 17 keretakan tulang sehingga tidak boleh berjalan.

Selepas menjalani tiga pembedahan, dia kini boleh berjalan semula namun diisytiharkan cacat kekal.

Wanita berusia 29 tahun itu turut membuat tuntutan undang-undang ke atas resort berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kerjayanya berakhir dan dia terpaksa berputus asa dengan impiannya itu. - Daily Star.

penari tiang, pokok, resort, lumpuh

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan