SEORANG wanita cuba membuat gurauan atau prank kepada seorang lelaki yang meninggalkan nombor telefonnya sebagai tanda mahu berkenalan. Walaupun boleh memberikan alasan 'tidak berminat', Emily Cain memilih untuk bergurau dengan lelaki yang mahu memikatnya. Dia menghantar mesej yang berbunyi: "Terima kasih dan tahniah. Anda berjaya mengambil cimpanzi bernama Bubbles sebagai 'anak angkat'!. Caj sebanyak £7.50 (RM40.40) akan dikenakan dalam bil anda setiap bulan. Untuk membatalkan langganan tanpa sebarang caj, hanya menghantar mesej dengan perkataan 'STOP' (BERHENTI)." Mesej tersebut disertakan dengan gambar seekor cimpanzi. Lelaki malang itu kemudian cuba membuat pilihan untuk tidak menyertai kebajikan tersebut. Bertambah malang, dia yang menyangka ia adalah pusat melindungi haiwan, mendapat maklumat bahawa dia perlu membayar tambahan sebanyak £5 (RM26.94) sebulan untuk membantu menyediakan makanan dan air untuk Bubbles. Lelaki berkenaan sekali lagi cuba untuk tidak lagi dikenakan caj, tetapi sebaliknya dia perlu 'membayar' sejumlah wang sebagai bonus kepada anak patung cimpanzi. Dia kemudian memberitahu akan membuat laporan polis sekiranya akaunnya dikenakan sebarang caj. Emily kemudian mendedahkan identiti sebenarnya kepada lelaki malang itu. Tangkapan skrin mesej itu dikongsikan Emily di Twitter sehingga diulang kicau 3,000 kali dan mendapat lebih 20,000 tanda suka. "Ini troll tahap satu juta," komen seorang netizen. - Mirror