suria

Majlis pengebumian kecoh, anak tarik keluar mayat bapa dari keranda sebelum lempang beramai-ramai

Sebuah majlis pengebumian kecoh apabila sekumpulan anak si mati melakukan serangan ke atas mayat bapa mereka. -Paparan skrin video Sina.com

KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah bertindak kejam dan tidak masuk akal.

Begitulah kisah mengenai nasib seorang lelaki tua di Jiangsu, China yang meninggal dunia selepas lama menderita sakit seperti yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily baru-baru ini.

Bagaimanapun, apa yang berlaku semasa majlis pengebumiannya sangat mengejutkan!

Berdasarkan sebuah video yang turut disiarkan dalam laporan laman berbahasa Cina itu, beberapa orang anak lelakinya telah datang di majlis pengebumiannya tetapi bukan untuk memberikan penghormatan terakhir seperti yang biasa dilakukan anak-anak apabila ibu atau bapanya meninggal dunia, sebaliknya menimbulkan kekecohan.

Lelaki yang meninggal dunia itu dikatakan telah meninggalkan isteri dan anak-anaknya lebih 40 tahun lalu gara-gara seorang wanita lain tetapi tetap tinggal di kampung yang sama dengan isteri pertama dan anak-anaknya.

Mayat seorang lelaki ditarik keluar dari keranda gara-gara dendam.

Selepas menghabiskan masa seumur hidup dengan teman wanitanya, dia meninggal dunia dan sudah pasti terdapat kos pengebumian yang perlu ditanggung.

Ramai tahu kos pengebumian pada masa kini bukanlah murah, justeru teman wanitanya menghantar bil pengebumian kepada salah seorang anak kandung lelaki itu.

Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan kerana sekumpulan anak lelakinya datang ke majlis tersebut dan melakukan serangan.

Mereka membuka penutup keranda, mencampakkannya dan kemudian menarik keluar mayat bapa mereka sehingga terjatuh ke lantai.

Dalam keadaan marah, anak-anaknya berkali-kali menampar muka bapa mereka yang pucat.

Mereka bertindak begitu kerana sejak lelaki itu meninggalkan mereka dan ibu demi wanita lain, mereka terpaksa hidup susah.

"Kamu membuatkan hidup kami macam neraka ketika kamu masih hidup! Adakah kamu fikir kami akan tolong kamu selepas kamu mati?!"

Selepas menimbulkan kekecohan, anak-anaknya kemudian meninggalkan majlis tanpa memasukkan semula mayat bapa mereka ke dalam peti. Kes itu kini di bawah siasatan polis. -WOB

mayat, bapa, dendam, kejam

Artikel Lain